Darah dan Peranannya

Darah manusia

Perkataan Darah berasal dari bahasa yunani yakni hemo, hemato dan haima yang bermaksud darah. Darah adalah cecair yang terdapat pada semua makhluk hidup (kecuali tumbuhan) kompleks yang berfungsi mengirimkan zat-zat dan oksigen yang diperlukan oleh jaringan tubuh, mengangkut bahan-bahan kimia hasil metabolisme, dan juga berfungsi sebagai pertahanan tubuh manusia terhadap virus atau bakteri.



Darah manusia adalah cecair di dalam tubuh yang berfungsi untuk mengangkut oksigen yang diperlukan oleh sel-sel di seluruh tubuh. Darah juga merupakan jaringan tubuh dengan nutrisi, mengangkut zat-zat sisa metabolisme, dan mengandung berbagai bahan penyusun sistem imun yang bertujuan mempertahankan tubuh dari berbagai penyakit. Hormon-hormon dari sistem endokrin juga diedarkan melalui darah.

Gambaran darah dalam pembuluh darah.

PENGERTIAN DARAH DAN FUNGSINYA


Manusia memiliki sistem peredaran darah tertutup di mana darah mengalir dalam pembuluh darah, dipam dan dialirkan oleh jantung. Darah dipam oleh jantung menuju paru-paru untuk melepaskan sisa metabolisme seperti karbon dioksida dan menyerap oksigen melalui pembuluh arteri pulmonari, lalu dibawa kembali ke jantung melalui vena pulmonari. Setelah itu darah dihantar ke seluruh tubuh oleh saluran pembuluh darah aorta. Darah membawa oksigen ke seluruh tubuh melalui saluran halus darah yang disebut pembuluh kapilari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui pembuluh darah vena cava superior dan vena cava inferior.

Darah merupakan salah satu komponen sistem pengangkut yang sangat penting. Fungsi penting darah di dalam tubuh antara lain sebagai pengangkut zat-zat kimia seperti hormon, pengangkut zat buangan hasil metabolisme tubuh, dan pengangkut oksigen dan karbondioksida. Selain itu, komponen darah seperti trombosit dan plasma darah memiliki peranan penting sebagai pertahanan pertama dari serangan penyakit yang masuk ke dalam tubuh.

Namun darah  juga merupakan salah satu vektor (pembawa) dalam penyebaran penyakit. Salah satu contoh penyakit yang dapat disebarkan melalui darah adalah AIDS. Darah yang mengandungi virus HIV dari makhluk hidup yang HIV positif dapat menular pada makhluk hidup lain melalui sentuhan antara darah dengan darah, sperma, atau cairan tubuh makhluk hidup tersebut. Oleh kerana penularan penyakit dapat terjadi melalui darah, objek yang mengandungi darah dianggap sebagai biohazard atau ancaman biologi.

Jika kita melihat darah dengan mata kasar, kita akan nampak darah dalam bentuk cecair seperti air yang berwarna merah. Sebenarnya, di dalam darah terdapat beberapa komponen dan darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskula yang membentuk 45% bahagian daripada darah, angka ini dinyatakan dalam nilai hermatokrit atau isipadu sel darah merah yang dipadatkan yang berkisar antara 40 hingga 47. Bahagian 55% yang lain berupa cairan kekuningan yang membentuk medium cairan darah yang disebut plasma darah.

1. Korpuskula darah terdiri daripada:


  • Sel darah merah atau eritrosit (sekitar 99%). Eritrosit tidak mempunyai nukleus sel ataupun organel, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Eritrosit mengandung hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga berperanan dalam penentuan kategori darah. Orang yang kekurangan eritrosit akan menderita penyakit anemia.
  • Kepingan-kepingan darah atau trombosit (0,6 - 1,0%). Trombosit bertanggung jawab dalam proses pembekuan darah.
  • Sel darah putih atau leukosit (0,2%). Leukosit bertanggung-jawab terhadap sistem imun tubuh dan bertugas untuk memusnahkan benda-benda yang dianggap asing dan berbahaya oleh tubuh, misalnya virus atau bakteri. Leukosit bersifat amuboid atau tidak memiliki bentuk yang tetap.


2. Susunan Darah. Serum darah atau plasma terdiri daripada:

  • Air: 91.0%
  • Protein: 8.0% (Albumin, globulin, protrombin dan fibrinogen)
  • Mineral: 0.9% (natrium klorida, natrium bikarbonat, garam dari kalsium, fosfor, kalium dan zat besi, nitrogen, dll)
  • Garam

3. Plasma darah pada asasnya merupakan larutan air yang mengandung :

  • Albumin
  • Bahan pembeku darah
  • Immunoglobin (antibodi)
  • Hormon
  • Berbagai jenis protein
  • Berbagai jenis garam

Fungsi Darah Untuk Tubuh



Darah memiliki banyak fungsi untuk tubuh kita iaitu:

1. Sebagai Zat Pengangkut

Fungsi penting darah di dalam tubuh antara lain sebagai pengangkut zat-zat kimia seperti hormon, pengangkut zat buangan hasil metabolisme tubuh, dan pengangkut oksigen dan karbondioksida. Selain itu, komponen darah seperti trombosit dan plasma darah memiliki peranan penting sebagai pertahanan pertama dari serangan penyakit yang masuk ke dalam tubuh.

2. Mengangkut Oksigen

Darah manusia adalah cairan di dalam tubuh yang berfungsi untuk mengangkut oksigen yang diperlukan oleh sel-sel di seluruh tubuh.

3. Menjaga Sistem Kekebalan Tubuh

Darah juga membekalkan ke seluruh tubuh dengan nutrisi, mengangkut zat-zat sisa metabolisme, dan mengandungi berbagai bahan penyusun sistem imun yang bertujuan mempertahankan tubuh dari berbagai penyakit. Hormon-hormon dari sistem endokrin juga diedarkan melalui darah.

4. Mengangkat karbondioksida dari jaringan untuk dikeluarkan melalui paru-paru.


5. Menyebarkan panas ke seluruh tubuh.

_______________________________________

Ulasan

Catatan Popular